Liridon Krasniqi Masih Rindukan Malaysia
Dunia
FAM Official
Advertisements

Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi dilihat seakan masih merindui untuk tampil beraksi bersama Harimau Malaya.

Pemain tengah berusia 31 tahun itu dalam satu hantaran di IG Story miliknya pada semalam telah berkongsi beberapa kepingan gambar dan video beliau di gimnasium.

Apa yang menariknya, rakaman pendek video itu memperlihatkan Liridon yang memadankan seluar Harimau Malaya ketika sedang bersenam.

Advertisements

Beliau yang kini secara sah telah meninggalkan kelab Liga 1 Thailand, Khon Kaen United dilihat sedang giat melakukan latihan tambahan untuk mengekalkan kecergasan.

Pemain yang digelar ‘Raja Gelecek’ ini turut mengupah jurulatih khas di Dubai demi meningkatkan prestasi dan stamina. Bagaimanapun, destinasi seterusnya buat bekas pemain Kedah ini masih belum terjawab.

Advertisements

Jika disemak menerusi laman Transfermarkt.com, Liridon ketika ini masih lagi berstatus pemain Johor Darul Ta’zim (JDT). Namun melihatkan kepada senarai skuad JDT yang sedia ada, beliau dijangkakan bakal dipinjamkan atau dilepaskan ke pasukan lain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram