Advertisements
Liridon Krasniqi: Saya Harap Malaysia Boleh Jadi Macam Thailand
Dunia
MakanBola
khon kaen united

Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi mengakui banyak perbezaan diantara Liga Malaysia dan Liga Thailand.

Beliau yang kini beraksi di Thai League 1 bersama Khon Kaen Utd dengan status pemain pinjaman telah pun beraksi sebanyak 5 perlawanan bagi musim baru ini.

Pemain yang lebih dikenali sebagai ‘Mat Don’ ini berpendapat Liga Thailand mempunyai tahap intensiti permainan yang tinggi dan juga ramai pemain yang berkualiti di sana.

Beliau dalam pada itu turut berharap agar Malaysia mampu menjadi sama seperti Thailand.

“Terlalu banyak pemain yang berkualiti, intensiti permainan yang tinggi dan juga lebih profesional, Saya berharap Malaysia boleh jadi sama seperti Thailand”

Mengulas lanjut, pemain berusia 30 tahun itu ketika ini masih di fasa menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan akui sangat teruja berada di Thailand.

“Saya rasa setakat ini semuanya dalam keadaan baik, masih lagi dalam fasa menyesuaikan diri disini dan saya sangat gembira di sini,” kata Liridon kepada SNE Sports.