Liridon Krasniqi Sertai Kelab Thailand, Khonkaen United

liridon 2 Liridon Krasniqi Sertai Kelab Thailand, Khonkaen United
odishafcofficial

Pemain naturalisasi Harimau Malaya, Liridon Krasniqi sah menyertai kelab Thai League 1, Khonkaen United secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim 2022/2023 ini. 

Bintang JDT ini difahamkan kontraknya telah tamat bersama kelab Liga India, Odisha FC. 

Untuk rekod, pemain berusia 30 tahun ini telah beraksi bersama Odisha sebanyak 16 perlawanan dan tidak mencatatkan sebarang gol serta bantuan jaringan. 

Liridon Krasniqi merupakan pemain ketujuh yang menyertai kelab Thailand itu bersama pemain import dari Brazil dan juga Filipina.