Tonton aksi Buriram United vs JDT di pusingan separuh akhir kedua ACC Shopee Cup secara langsung dari Chang Arena.
Pertemuan timbal balik kedua antara Buriram United vs JDT sekali lagi ditunggu-tunggu para peminat untuk menentukan pasukan yang bakal melangkah ke pentas final ACC Shopee Cup musim ini.
Buriram United dilihat memiliki sedikit kelebihan pada aksi ini selepas berjaya membawa balik bekalan dua gol dari Stadium Sultan Ibrahim hasil kemenangan 3-1 ke atas JDT dalam aksi pertama lalu.
Guilherme Bissoli muncul wira hasil dua gol yang disumbang dan Goran Causic yang turut melakar nama selaku penjaring untuk Buriram United manakala JDT mendapat gol menerusi Ager Aketxe.
Walau bagaimanapun, Mark Jackson menilai kelebihan dua gol tersebut bukanlah jaminan buat pemain Buriram United berasa selesa dan mahukan anak-anak buahnya tampil lebih baik kali ini.
”Apa yang kami tonjolkan ketika aksi separuh akhir pertama lalu adalah menakjubkan tetapi itu bukanlah tiket buat kami memandang rendah perlawanan kedua kali ini.”
”Oleh itu, kami perlu fokus dan bersedia pada aksi ini selain kami akan meningkatkan persembahan untuk bertemu JDT,” ujar Mark Jackson yang mula melatih Buriram United sejak November lalu.
Di kem JDT pula, Xisco Munoz inginkan setiap pemain JDT kekal fokus dan tidak terlalu memikirkan tentang rekod lalu berdepan Buriram United yang jelas sekali tidak menyebelahi mereka.
“Saya tak fikir tentang perkara (rekod pertemuan) lalu, sudah pasti kita bakal usaha menikmati perlawanan ini kerana itulah perkara yang paling penting,” kata Xisco Munoz ketika sidang media.
Kesebelasan Utama Buriram United vs JDT
Info Siaran Langsung Buriram United vs JDT
Tarikh: 13 Mei 2026 (Rabu).
Masa: 8.00 malam waktu Malaysia
Venue: Chang Arena.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com