Saingan Liga Super kembali bersambung dengan aksi antara Kelantan DN vs Kedah dijangka menjadi salah satu tumpuan peminat.
Kelantan DN ketika ini menghuni tangga ke-12 Liga Super apabila sekadar mengutip 7 mata daripada 16 perlawanan hasil 2 kemenangan, satu keputusan seri dan 13 kekalahan.
Sementara Kedah pula berada di kedudukan ke-9 dengan 17 mata selain berada di dalam momentum cemerlang apabila merekodkan tiga kemenangan berturut-turut dalam aksi lalu.
Aksi ini pada mulanya dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, namun oleh kerana proses naik taraf venue masih belum selesai, perlawanan diubah ke Stadium Darul Aman.
Malah, aksi ini dijangka bakal dihadiri dengan sorakan dari peminat cilik Kedah Darul Aman apabila pihak pengurusan mengumumkan kemasukan percuma untuk semua kanak-kanak.
Kesebelasan Utama Kelantan DN vs Kedah
Info Siaran Langsung Kelantan DN vs Kedah
Tarikh: 10 Januari 2024 (Jumaat)
Masa: 5.30 petang
Venue: Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.
Siaran Langsung: TV Okey.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.