Tumpuan peminat sukan tanah air sudah pastinya terarah kepada perlawanan Malaysia vs Thailand dalam final Piala Asia Sepak Takraw 2025 bagi acara beregu.
Beregu Malaysia menapak gagah ke peringkat akhir apabila beraksi cemerlang berbekalkan sorakan gemuruh daripada penyokong yang hadir ketika menewaskan India di separuh akhir.
Gandingan Noraizat Nordin dan Aidil Hakim tampil cukup luar biasa meskipun diberikan cabaran sengit oleh India sebelum mencatatkan kemenangan dalam dua set dengan keputusan 1512, 15-12.
Menanti Malaysia adalah pasukan jaguh dunia, Thailand yang juga mengesahkan tempat di final setelah menafikan saingan Indonesia pada satu lagi perlawanan separuh akhir pada Isnin 17-15, 17-16.
Malaysia dan Thailand sebelum ini telah bertemu di peringkat kumpulan yang lalu dan menyaksikan skuad Gajah Perang itu menang dengan keputusan 15-10, 17-15 pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama, pasukan kuadran Malaysia turut melangkah ke perlawanan akhir Piala Asia Sepak Takraw dan akan berdepan Jepun pada jam 8 malam sebelum final acara beregu.
Senarai Pemain Malaysia vs Thailand
Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.
Info Siaran Langsung Malaysia vs Thailand
Tarikh: 12 Mei 2025 (Isnin).
Masa Mula: 9.30 malam.
Venue: Stadium Tertutup Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Siaran Langsung: Astro Arena & FacebookPersatuan Sepak Takraw Malaysia.