Advertising
Live: Pengumuman Senarai Pemain Harimau Malaya vs Nepal
MakanBola
FA Malaysia

Pengumuman pemain-pemain Harimau Malaya menjelang aksi Kelayakan Piala Asia menentang Nepal akan disiarkan secara langsung pada Khamis.

Skuad Harimau Malaya bakal berdepan aksi pertama kempen Kelayakan Piala Asia menentang Nepal pada 25 Mac ini nanti dengan tumpuan peminat kini terarah kepada senarai pemain yang akan dipanggil.

Peter Cklamovski selaku pengendali skuad Harimau Malaya bakal mengumumkan senarai panggilan untuk menggalas cabaran negara pada aksi tersebut yang juga ujian pertama buat bekas jurulatih FC Tokyo itu.

Ad

Sebelum ini, Cklamovski dilihat cukup rancak meninjau sesi latihan dan perlawanan-perlawanan pasukan Liga Malaysia dalam usaha mencari pemain terbaik yang akan menyarung jersi Harimau Malaya.

Ad

Kini, persoalan tentang senarai pemain akan terjawab dalam satu sesi sidang media yang akan diadakan pada Khamis di Wisma FAM untuk mengumumkan skuad pertama untuk era baharu Harimau Malaya.

Jadual Harimau Malaya Di Kelayakan Piala Asia

Ad
Ad

Info Siaran Langsung Pengumuman Pemain Harimau Malaya

Tarikh: 13 Mac 2025 (Khamis)
Masa: 11 pagi.
Venue: Wisma FAM, Kelana Jaya.
Siaran Langsung: Youtube Astro Arena.

Senarai penuh pemain akan dikemas kini di MakanBola.com.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments