Tonton aksi Perancis vs England dalam perlawanan penentuan tempat ke-3 Piala Dunia 2026 secara langsung dari Miami, USA.
Tumpuan peminat bola sepak kini terarah kepada aksi penentuan tempat ke-3 Piala Dunia antara Perancis vs England selepas kedua-dua pasukan tewas pada perlawanan peringkat separuh akhir di tangan Sepanyol dan Argentina lalu.
Pertembungan di Miami ini bakal menjadi aksi penebus duka setelah hasrat Perancis dan England untuk meneruskan langkah ke perlawanan akhir tidak berhasil dan habuan sebagai pemenang tempat ke-3 akan jadi hadiah terbaik pada edisi ini.
Rekod pertemuan kedua-dua pasukan tampak cukup sengit apabila dalam 9 aksi, Perancis menewaskan England 4 kali dan sebaliknya The Three Lions menang hanya 3 kali tatkala dua lagi perlawanan berakhir dengan keputusan seri.
Kali terakhir kedua-dua negara bertemu adalah pada peringkat suku akhir Piala Dunia 2022 di Qatar yang menyaksikan Perancis berjaya mengatasi England 2-1 hasil dua jaringan daripada Aurelian Tchouameni dan Olivier Giroud.
Pastinya aksi tempat ke-3 kali ini akan menyajikan satu lagi perlawanan epik, terutamanya apabila Perancis ingin memberikan hadiah perpisahan terbaik buat ketua jurulatih, Didier Deschamps yang akan meninggalkan pasukan.
Kesebelasan Utama Perancis vs England
Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.
Info Siaran Langsung Perancis vs England
Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad)
Masa: 5 pagi waktu Malaysia.
Venue: Stadium Hard Rock, Miami, USA.
Siaran Langsung: Unifi TV dan RTM Klik.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.