Pertembungan Selangor vs Sabah dalam aksi Liga Super pada Khamis bakal menjadi aksi yang dinantikan ramai.
Setelah ditabalkan selaku juara MFL Challenge Cup, Selangor kembali memberi fokus buat saingan Liga Super dengan misi mengukuhkan kedudukan di tangga kedua buat masa ini.
Walau bagaimanapun, Selangor yang dikendalikan Katsuhito Kinoshi berdepan halangan dari pasukan di tangga ke-3 liga, Sabah di gelanggang sendiri pada Khamis.
Kemenangan pastinya menjadi sasaran kedua-dua pasukan dengan Sabah turut memasang hajat besar untuk berada di posisi kedua bagi memastikan tiket ke Asia musim hadapan.
Menurut Kinoshi, terdapat 3 orang pemain Sabah yang perlu diawasi dengan salah seorangnya adalah tonggak di jentera tengah, Stuart Wilkin selain penyerang dan pemain sayap.
“Ada penyerang dan pemain sayap yang beraksi di sebelah kanan yang miliki kelebihan kaki kanan untuk menggelecek yang baik, kata Katsuhito Kinoshi kepada Astro Arena.
“Dan juga pemain tengah, (Stuart) Wilkin juga bagus. Saya tidak tahu skuad mana yang akan diturunkan, mungkin ada perubahan.”
Kesebelasan Utama Selangor vs Sabah
Info Siaran Langsung Selangor vs Sabah
Tarikh: 27 Februari 2025 (Khamis).
Masa: 9 malam.
Venue: Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Siaran Langsung: RTM Klik & TV Okey.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.