Advertising
Selangor Waspada Dengan Ancaman Trio Sabah
MakanBola
Sabah FC

Meskipun beraksi di gelanggang sendiri, Selangor FC tidak memandang rendah cabaran Sabah FC.

Selepas meraih gelaran juara MFL Challenge Cup, fokus The Red Giants kini beralih kepada aksi liga menentang Sang Badak.

Ad

Pengendali Jepun, Katsuhito Kinoshi mahu anak buahnya kembali fokus menentang Sabah. Ini kerana pasukan itu memiliki ramai pemain berkualiti yang boleh menyukarkan tugas Selangor di atas padang.

Ad

“Ya, ada seorang penyerang dan pemain sayap yang beraksi di sebelah kanan. Memiliki kelebihan kaki kanan dan menggelecek yang baik, pemain-pemain ini cukup bagus,” katanya kepada Nadi Bola.

Meskipun Kinoshi tidak menyatakan identiti dua pemain berkenaan, beliau dipercayai merujuk kepada penyerang kebangsaan, Darren Lok dan Saddil Ramdani.

Ad

Darren dan Saddil masing-masing meledakkan tiga dan empat gol buat Sabah dalam saingan Liga Super musim 2024/25.

Ad

Selain duo berkenaan, Kinoshi turut menganggap pemain tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin sebagai pemain yang perlu diawasi barisan The Red Giants.

Ad

“Dan juga pemain-pemain tengah, (Stuart) Wilkin juga bagus. Saya tak tahu skuad mana yang akan diturunkan, mungkin ada perubahan.

“Ini kerana dalam aksi sebelumnya, ada pemain yang digantung tetapi tidak lagi. Mereka tidak lagi mempunyai pemain terkuat, jadi mereka akan bermain sebagai satu pasukan.

“Jadi, kita perlu hadapi mereka juga (di Stadium MBPJ) sebagai satu pasukan.”

Sabah bakal turun tanpa kelibat tonggak pertahanan import, Haris Stamboulidis. Stamboulidis perlu berehat panjang kerana mengalami kecederaan patah tulang rahang.

The Red Giants dan Sang Badak bakal berentap di Stadium MBPJ pada 27 Februari. Aksi pusingan pertama liga menyaksikan Selangor menewaskan Sabah 2-1 di Stadium Likas pada 13 Ogos 2024.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments