Advertising
Selangor, Sabah & Terengganu Rebut Slot Terakhir Ke Asia
MakanBola
SFC/SFC/TFC
Sponsors

3 pasukan Liga Super iaitu Selangor Sabah dan Terengganu perlu merebut satu lagi tiket ke AFC Champions League Two (ACL2) musim hadapan.

Pada Isnin, skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) diangkat selaku juara Liga Super bagi musim 2024/2025 setelah mengatasi cabaran Perak dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim.

Ad

Kejayaan itu menyaksikan JDT membawa pulang wang tunai RM2.4 juta dan tiket ke AFC Champions League Elite (ACLE) yang membolehkan skuad Harimau Selatan ini terus beraksi di pentas tertinggi Asia.

Ad

Tumpuan peminat bola sepak tempatan buat masa ini terarah kepada satu lagi tiket ke kejohanan kelab di Asia, ACL2 yang menjadi rebutan 3 buah pasukan iaitu Selangor, Sabah serta Terengganu.

Dengan berbaki 5 lagi perlawanan, ketiga-tiga kelab ini dilihat masih memiliki peluang bagi merebut kedudukan kedua carta Liga Super untuk mengesahkan tempat ke ACL2 pada musim hadapan.

Ad

Kedudukan carta Liga Super ketika ini menyaksikan pasukan Selangor menghuni tempat kedua dengan 42 mata sekaligus berpeluang paling cerah tatkala saingan liga makin hampir ke penghujung.

Ad

Tidak jauh di belakang adalah pasukan Sabah yang berada di tangga ketiga dengan kutipan 34 mata manakala Terengganu di kedudukan keempat setelah memperoleh 28 mata dari 19 perlawanan.

Ad

Tambah menarik apabila Selangor bakal bertemu Sabah pada Khamis ini dalam saingan Liga Super minggu ke-20 di Kelana Jaya tatkala Terengganu bakal berdepan Sri Pahang di laman lawan.

Untuk rekod, Selangor menjadi wakil Malaysia dalam saingan ACL2 musim ini apabila bergelar naib juara Liga Super 2023 namun malangnya Gergasi Merah akur tersingkir di peringkat kumpulan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments