Tonton aksi Thailand vs Malaysia dalam saingan ASEAN Hyundai Cup secara langsung dari Stadium Rajamangala, Bangkok.
Pertembungan antara Thailand vs Malaysia bakal menjadi tumpuan peminat bola sepak ASEAN dengan kedua-dua pasukan ketika ini memikul satu misi penting untuk menerajui carta kedudukan kumpulan setelah hari perlawanan 3 berlangsung.
Thailand sudah tentunya turun dengan sokongan padu peminat-peminat di Bangkok, di samping memiliki tempoh rehat yang mencukupi selepas aksi pertama pada minggu lalu sebelum kembali beraksi bertemu Malaysia kali ini.
Walau bagaimanapun, cabaran skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe ini tidak boleh dipandang mudah selepas momentum cemerlang dibawa dari dua kemenangan yang dilakar dalam perlawanan terdahulu ke atas Laos dan Myanmar.
Malang buat kem Malaysia apabila kehilangan tonggak tengah, Endrick Dos Santos yang mengalami kecederaan ketika menentang Laos tempoh hari dan dijangka terlepas sebahagian besar aksi pada kempen ASEAN Hyundai Cup kali ini.
Beberapa pilihan antaranya Wan Kuzain, Daryl Sham dan Ziad El Basheer berpotensi besar bagi menggalas tugas yang ditinggalkan oleh pemain Star City itu untuk bergandingan bersama Syafiq Ahmad dan Sergio Aguero di bahagian tengah.
Tan Cheng Hoe pada sesi sidang media berharap mampu mengulangi magis serta pencapaian hebat yang dilakar ketika mengendalikan Harimau Malaya pada tahun 2018, yang berhasil menyingkirkan Thailand di hadapan ribuan peminat mereka.
“Saya amat gembira dapat kembali ke sini. Lapan tahun telah berlalu sejak 2018, dan banyak perkara sudah berubah. Namun, semangat serta motivasi saya untuk Harimau Malaya tidak pernah berubah,”
“Saya harap kami mampu sekali lagi meraih keputusan yang positif di Stadium Rajamangala,” tambah pengendali itu lagi.
Kesebelasan Utama Thailand vs Malaysia
Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.
Info Siaran Langsung Thailand vs Malaysia
Tarikh: 1 Oktober 2025 (Sabtu).
Masa: 9 malam waktu Malaysia.
Venue: Stadium Rajamangala, Bangkok.
Siaran Langsung di RCTI Superapp, Youtube dan Facebook ASEAN United FC (VPN).
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com