Advertisement
Live: Thailand vs Vietnam, Kesebelasan Utama & Siaran TV ASEAN Championship
Live
MakanBola
Changsuek

Perlawanan akhir kedua ASEAN Championship 2024 antara Thailand vs Vietnam sudah pastinya bakal menjadi tumpuan peminat bola sepak di rantau Asia Tenggara.

Vietnam hadir ke Bangkok berbekalkan kelebihan satu gol apabila berjaya meraih kemenangan tipis ke atas Thailand dalam perlawanan akhir pertama di Viet Tri pada Khamis lalu.

Dua jaringan daripada ayam tambatan, Xuan Son membawa Vietnam selangkah untuk menjulang kejuaraan walaupun Thailand berhasil merapatkan kedudukan di penghujung aksi.

Menurut Kim Sang-sik, beliau berpuas hari dengan aksi para pemain Vietnam dan bertegas bahawa pasukan kendaliannya kini bertekad untuk membawa pulang kejuaraan seperti pada edisi 2018.

”Kami (Vietnam) hadir ke Thailand untuk mengulangi pencapaian itu (pada edisi 2018) dan meraih kejuaraan,” ujar Kim Sang-sik ketika sesi sidang media pada Sabtu.

Manakala, Thailand pula kelihatan tempang tanpa 3 tonggak tengah yang mengalami kecederaan sekaligus meresahkan jurulatih, Masatada Ishii untuk merencana strategi terbaik.

“Mengenai kecederaan Akarapong Pumwisat, maklumat itu belum lagi diterima jurulatih (Masatada Ishii) baik Jay, New (Peeradon Chamratsamee) atau Tor (Weerathep Pomphan),” kata pengendali Thailand itu.

Kesebelasan Utama Thailand vs Vietnam

Info Siaran Langsung Thailand vs Vietnam

Tarikh: 5 Januari 2024 (Ahad).
Masa: 9:00 Malam.
Venue: Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.