Perlawanan akhir ASEAN Championship 2024 bakal menjadi tumpuan melibatkan Vietnam vs Thailand di Viet Tri.
Saingan ASEAN Championship bagi tahun 2024 semakin tiba ke penghujung dengan aksi final pertama bakal menyaksikan pertembungan antara juara bertahan, Thailand dan Vietnam.
Thailand yang dibimbing oleh Masatada Ishii dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan Filipina dalam perlawanan yang berlangsung selama 120 minit di Bangkok untuk menempah tiket ke final.
Vietnam masih belum tewas dalam kejohanan kali ini tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan pasukan di ranking ke-160, Singapura menerusi keputusan agregat 5-1.
Pertembungan Vietnam dan Thailand kali ini dianggap aksi ulangan final pada edisi lalu bilamana kedua-dua pasukan turut bertemu di perlawanan akhir ASEAN Championship 2022.
Aksi pentas final edisi 2 tahun lalu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat seri di perlawanan akhir pertama di Hanoi sebelum Thailand berjaya menewaskan Vietnam 1-0 dalam aksi timbal balik di Bangkok.
Kesebelasan Utama Vietnam vs Thailand
Info Siaran Langsung Vietnam vs Thailand
Tarikh: 2 Januari 2024 (Khamis).
Masa: 9 Malam.
Venue: Stadium Wilayah Phu Tao, Viet Tri, Vietnam.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.