Liverpool Hanya Bayar Gaji Staff Sebanyak 20%
Dunia
Advertisements

Pendahulu Liga Perdana Inggeris,Liverpool dikatakan hanya membayar gaji kakitangan mereka sebanyak 20% mengikut sumber daripada media di UK.

Walaupun telah mengaut keuntungan sebanyak £533 Juta pada tahun lepas dan berjimat sepanjang musim 2019/2020 dengan tidak membawa masuk pemain dengan nilai yang besar, pihak pengurusan Liverpool hanya membayar gaji kakitangan sebanyak 20% sahaja.Hal ini kerana, pihak pengurusan Liverpool menggunakan Skim Bantuan Gaji yang disediakan oleh kerajaan UK bersempena perintah berkurung untuk membayar sebanyak 80% gaji kakitangan kelab.

Perkara ini mengundang kecaman daripada pelbagai pihak termasuklah lagenda Liverpool sendiri iaitu Jamie Carragher yang menyifatkan perbuatan pihak pengurusan Liverpool itu memalukan.Carragher turut menyatakan bahawa kelab seperti Manchester City tidak akan mengambil wang daripada kerajaan untuk membayar gaji kakitangan kelab.

Advertisements

Baginya, duit bantuan tersebut boleh disalurkan kepada badan kebajikan serta jabatan pekerjaan yang terjejas akibat wabak pandemik Covid-19.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram