Liverpool Kempunan, Man City Bangkit Juarai EPL 2021/22
Dunia
BR Football
Advertisements

Penentuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini menyaksikan di antara pasukan Manchester City dan Liverpool. 

Pasukan Manchester City muncul juara pada musim ini selepas berjaya menewaskan Aston Villa dengan keputusan 3-2. Kebangkitan luar biasa yang dipamerkan oleh Manchester City selepas ketinggalan dua jaringan sehingga 70 minit permainan.

Ini bermakna Manchester City terus kekal dengan jumlah mata 93 mata yang hanya memisahkan satu mata dengan pasukan Liverpool. 

Advertisements

Manakala bagi pasukan Liverpool, mereka turut berjaya menewaskan pasukan Wolverhampton. Namun, mereka terus kempunan meskipun memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-1.

Harapan pasukan kendalian Aston Villa, Steven Gerard untuk membantu bekas pasukannya Liverpool mencipta kejutan terhadap pasukan yang dikendali oleh Pep Guardiola tidak kesampaian.

Ini merupakan kejuaraan yang keempat buat Manchester City sepanjang 5 musim.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram