Advertisement

Follow us:

Liverpool Mahu Selamatkan Karier Mason Mount

Mason Mount Fabrizio Romano Liverpool Mahu Selamatkan Karier Mason Mount
Fabrizio Romano
Azim Noor
@mohdazim45
12:04am 01/03/2023
Pivo

Selepas berbelanja lebih RM3 bilion dalam pasaran perpindahan Januari dan musim panas lepas, Chelsea sudah berkira-kira menjual beberapa pemain termasuk Mason Mount. Mount dikhabarkan sedang diintai bekas juara EPL musim 2019-2020, Liverpool.

Menurut laporan TeamTalk, ketika ini, pemain tengah England itu mempunyai baki kontrak selama 18 bulan dengan Blues. Tetapi usaha memperbaharui kontrak graduan akademi Chelsea itu menemui jalan buntu.

Dengan kelab perlu mematuhi Peraturan Kewangan Fair Play UEFA (FFP), Chelsea berdepan kemungkinan menjual ramai pemain untuk mengimbangi semula akaun mereka. Kemungkinan tidak layak ke Liga Juara-Juara Eropah juga bakal mengurangkan pendapatan kewangan mereka musim hadapan.

Dengan baki kontrak yang semakin menyusut, penjualan Mount sekurang-kurangnya dapat membantu Blues dari segi kewangan. Sekiranya Blues mahu menjualnya, maka destinasi pilihan Mount ialah Liverpool.

Dengan ramai pemain bakal dijual atau dilepaskan seperti Naby Keita, Fabinho dan Alex Oxlade-Chamberlain, Mount mampu menjadi tonggak utama bahagian tengah pasukan untuk tahun-tahun mendatang.

Selain berupaya beraksi di bahagian tengah, pemain tengah England itu juga boleh mengisi mana-mana slot bahagian serangan.

Kelebihan ini bagaimanapun menjadikan Manchester United sebagai pesaing Liverpool dalam mendapatkan Mount. Dengan Erik Ten Hag suka memindahkan posisi pemain mengikut situasi perlawanan, graduan akademi Blues itu amat sesuai dengan perancangan taktikalnya.