Liverpool Sudah Temui Pengganti Jurgen Klopp
EPL
Sportingcp
Advertisements

Liverpool bakal mendapat nafas baharu apabila seorang jurulatih kelahiran Portugal bakal menggantikan tempat Jurgen Klopp musim hadapan.

Pengendali Sporting Lisbon, Ruben Amorim merupakan nama yang sedang hangat diperkatakan dan dikhabarkan dalam perjalanan ke Merseyside bagi menyertai kelab tersebut.

Khabar angin perpindahan ini juga dikongsikan laman berita terkenal, Sky Sports Football bahawa Ruben Amorim telah bersetuju secara lisan untuk membimbing The Reds pada musim hadapan.

Advertisements

”Pengurus Sporting Lisbon, Ruben Amorim telah mencapai kata sepakat secara lisan untuk bersama Liverpool menurut Sky Germany,” tulis Sky Sports Football di laman X.

The Reds bakal mendapat sentuhan pengurus baharu apabila Jurgen Klopp mengumumkan dalam suatu video pada Januari lalu bakal meninggalkan kelab Merseyside itu pada akhir musim ini.

Klopp telah menghabiskan 9 tahun bersama Liverpool dan berjaya menjulang beberapa kejuaraan utama seperti Liga Perdana Inggeris, Piala FA Inggeris, Piala Liga, Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Dunia Kelab.

Advertisements

Ruben Amorim pula merupakan pengurus muda kelahiran Portugal yang berjaya membawa Sporting Lisbon bergelar juara Liga Portugal pada musim 2020/2021, selepas kali terakhir kelab tersebut menjulang kejuaraan liga adalah pada musim 2001/2002.

Aura dan kredibiliti yang dimiliki pengurus berusia 39 tahun ini menyebabkan beliau turut pernah dikaitkan dengan beberapa kelab besar seperti Chelsea sebelum ini.

Liverpool yang sudah memiliki satu piala musim ini kini sedang bersaing hebat bersama Arsenal dan Man City bagi merebut gelaran takhta Liga Perdana Inggeris dengan ketiga-tiga pasukan hanya dibezakan dengan satu mata.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram