Aksi tertunda Liga Super minggu ke-17 akan berlangsung pada Jumaat melibatkan aksi Terengganu vs Kuching City.
Pada minggu ini, terdapat dua perlawanan Liga Super yang diadakan membabitkan aksi yang tertunda antara pasukan Terengganu vs Kuching City dan Sabah vs KL City di Likas.
Tumpuan penyokong pastinya ke arah aksi Terengganu yang mahu bangkit dari kekalahan 1-2 di tangan KL City minggu lalu yang merencatkan usaha mengejar kelompok atasan liga.
Selain itu, Kuching City yang telah merekodkan 4 perlawanan tanpa kalah ketika ini sudah tentunya tidak mahu melepaskan peluang bagi membawa balik 3 mata dari bumi Terengganu.
Kali terakhir Terengganu serta Kuching City bertemu adalah ketika aksi Liga Super di Stadium Negeri yang menyaksikan keputusan 1-1 dicatatkan hasil gol Yuki Tanigawa dan Safawi Rasid.
Kesebelasan Utama Terengganu vs Kuching City
Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.
Info Siaran Langsung Terengganu vs Kuching City
Tarikh: 21 Februari 2025 (Jumaat)
Masa: 9.00 Malam
Venue: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Siaran Langsung: Sukan RTM.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.