Pemenang EURO 2020, Locatelli Tolak Arsenal Untuk Sertai Juventus
Eropah
Photo: Claudio Villa/Getty Images
Advertisements

Pemain tengah Itali yang mencuri tumpuan ramai ketika kejohanan EURO 2020 yang lalu, Manuel Locatelli kini semakin hampir memuktamadkan perpindahannya ke Juventus. Pemain Sassuolo ini baru berusia 23 tahun dan bermain di posisi pemain tengah bertahan.

Locatelli merupakan pemain akademi AC Milan dan sempat bermain bersama skuad utama AC Milan. Namun beliau kemudiannya menyertai Sassuolo selepas tidak diperlukan AC Milan. Malah Milan ketika itu ingin memberi peluang kepada Tiémoué Bakayoko yang hadir secara pinjaman daripada Chelsea.

Akhirnya Locatelli berkembang menjadi pemain tengah yang versatil bersama Sassuolo dan meraih panggilan antarabangsa skuad Itali.

Advertisements

Aksi memukau beliau mengemudi jentera tengah Itali bersama Nicolo Barella menyebabkan beberapa kelab mula ingin mendapatkan khidmat Locatelli.

Antara kelab yang inginkan Locatelli ialah Arsenal dan Juventus namun Locatelli hanya berminat sertai Juventus. Kini Juventus dilaporkan sudah mempunyai persetujuan bersama Locatelli dan hanya perlu mencapai persetujuan antara Sassuolo sahaja.

Harga perpindahan Locatelli dilaporkan sekitar €35 juta.

Advertisements

Malang buat Arsenal kerana kelab tersebut juga sedang mencari pemain tengah baharu bagi memperkuatkan skuad utama mereka lebih-lebih lagi setelah mereka tewas dalam perlawanan pertama liga kepada Brentford.

Jika perpindahan ini berjaya, Juventus akan mempunyai limpahan pemain di bahagian tengah dimana ketika ini Juventus sudah ada Arthur, Rodrigo Bentancur, Adrien Rabiot, Weston McKennie dan Aaron Ramsey.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram