Advertising
Logo Adidas Kembali Hiasi Jersi Liverpool
MakanBola
Liverpool FC

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool bakal kembali bekerjasama dengan Adidas pada musim 2025/26.

Ini selepas kelab Merseyside itu memuktamadkan kontrak bernilai £60 juta (RM343 juta) dengan jenama sukan antarabangsa itu.

Ad

Ini kali ketiga The Reds bekerjasama dengan Adidas selepas melakukannya dari 1985 hingga 1996 dan 2006 hingga 2012. Pengumuman ini menyaksikan kerjasama Liverpool dan Nike akan tamat pada akhir musim 2024/25.

Ad

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liverpool, Billy Hogan menyifatkan kerjasama ini bakal memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak.

“Semua orang di kelab ini sangat teruja untuk mengalu-alukan Adidas kembali ke dalam keluarga LFC,” katanya dalam satu kenyataan.

Ad

“Kami telah menikmati kejayaan hebat bersama pada masa lalu dan mencipta beberapa kit LFC yang paling ikonik sepanjang masa.”

Ad

Adidas dan Liverpool berkongsi cita-cita kejayaan dan kami lebih teruja untuk bekerjasama lagi kerana kami berharap dapat mencipta lebih banyak kit yang luar biasa untuk membantu memacu prestasi di atas padang.”

Ad

Beliau turut berterima kasih kepada Nike atas sumbangan besar mereka kepada The Reds sepanjang tempoh kedua-dua entiti itu bekerjasama.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Nike atas sokongan mereka selama lima tahun kebelakangan ini dan mendoakan kesejahteraan mereka untuk masa depan,” ujarnya.

CEO Adidas, Bjorn Gulden menyifatkan kerjasama dengan Liverpool sebagai satu penghormatan buat jenama sukan antarabangsa itu.

“Jersi yang dipakai semasa tempoh kerjasama sebelum ini adalah antara yang terhebat pernah dicipta,” katanya.

“Kami berbesar hati untuk sekali lagi menyediakan pemain dengan teknologi canggih untuk beraksi pada tahap tertinggi dan tidak sabar untuk mencipta lebih banyak lagi (jersi) klasik untuk peminat.”

Memandangkan perjanjian ini hanya berkuatkuasa pada Ogos ini, Liverpool bakal mengharungi kempen pra-musim dengan menggunakan jersi buatan Nike.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments