Advertising
Louis van Gaal Tidak Mahu Sertai Revolusi Indonesia
MakanBola
Manchester United FC

Bekas pengurus Manchester United dan Belanda, Louis van Gaal dikhabarkan tidak berminat untuk menyertai Indonesia.

Indonesia ketika ini sedang melakukan rombakan di barisan kejurulatihan selepas Shin Tae-yong ditamatkan kontraknya oleh Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) pada Isnin.

Posisi pengendali kelahiran Korea Selatan itu bakal diambil alih oleh Patrick Kluivert setelah wartawan terkenal, Fabrizio Romano telah mengesahkan sendiri berita tersebut di media sosial.

Ad

“Patrick Kluivert telah menandatangani kontrak sebagai ketua jurulatih baharu Indonesia, perjanjian telah selesai,” umum Fabrizio Romano.

Ad

“Kontrak selama 2 tahun dengan pilihan lanjut 2 tahun, sesi pengenalan akan diadakan pada 12 Januari di Indonesia. Matlamat utama adalah untuk mencapai kelayakan Piala Dunia.”

Tidak lama selepas itu, timbul khabar angin melibatkan Louis van Gaal oleh media terkenal Eropah, Marca yang mendakwa pengurus berusia 74 tahun itu akan dilantik selaku Pengarah Teknikal Indonesia.

Ad
Ad

“Pasangan yang tidak dijangka, Patrick Kluivert dan Louis van Gaal ke pasukan kebangsaan Indonesia. Patrick akan menjadi ketua jurulatih baharu dan Van Gaal, Pengarah Sukan,” lapor Marca.

Ad

Memetik laporan voetbalzone, khabar angin tersebut tidak akan berlaku malah Louis van Gaal sendiri menafikan ketika disoal oleh penyampai Ziggo Sport Voetbal, Wytse van der Goot.

“Kami bertanya kepada van Gaal, jawab beliau ringkas adalah tidak. Itu tidak akan berlaku,” sangkal penyampai Ziggo Sport Voetbal, Wytse van der Goot mengenai khabar angin ini.

Bekas pemain Belanda, Ruud Gullit turut tidak setuju dengan khabar angin tersebut dan percaya van Gaal perlu menikmati masa rehat bersama keluarga berbanding berkelana jauh ke Indonesia.

“Sebagai pengarah, anda perlu melakukan perjalanan dan lain-lain, Louis tidak mahu itu,” kata Ruud Gullit semasa dijemput sebagai penganalisis di Ziggo Sport Voetbal.

”Van Gaal sudah meraih pelbagai kejayaan dalam karier dan kini beliau perlu menikmati masa keluarga.”

”Beliau juga boleh melakukan tugas sebagai Penasihat Ajax Amsterdam. Itu yang terbaik untuk van Gaal dan biarkannya menikmati waktu rehat.”

Khabar angin ini membuatkan para peminat Indonesia sendiri tertunggu-tunggu dan Ketua Umum PSSI, Erick Thohir sudah menjelaskan bakal diadakan sidang media pada 12 Januari ini untuk menjawabnya.