Luahan Menyentuh Perasaan Luqman Hakim Selepas Sumbat Dua Gol Menentang Laos
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin akhirnya berjaya menamatkan penantian untuk menjaringkan gol selepas meledak dua gol untuk membantu Malaysia menewaskan Laos 3-1 dalam acara bola sepak Sukan Sea Hanoi semalam.

Kali terakhir pemain kelab KV Kortrijk itu mencetak nama sebagai penjaring di pentas antarabangsa adalah pada pusingan kelayakan Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 di Phnom Penh, Kemboja pada Nov 2019.

Luqman akui sangat bersyukur kerana segala kerja kerasnya mula menampakkan hasil. Beliau juga menghargai sokongan semua pihak yang memberi kepercayaan kepada beliau termasuk jurulatih dan semua penyokong.

Advertisements

“Pertama sekali, Alhamdulillah syukur sangat dengan hasil ini atas usaha saya sendiri, gembira memang gembira, sedih pun sedih juga sebab pada 2022 baru saya dapat jaringkan gol untuk Malaysia.

“Saya bersyukur sangat atas sokongan diberikan jurulatih, rakan-rakan dan terutama keluarga serta peminat Malaysia yang menunggu-nunggu jaringan daripada saya. Saya amat teruja sekali dengan diri saya dan hasil usaha kerja keras saya selama ini.

“Perasaan sedih itu memang ada sebab saya bekerja keras (beliau mula sebak) untuk pasukan Malaysia dan untuk saya sendiri. Alhamdulillah, Alhamdulillah,” katanya yang kemudian ditenangkan pegawai pasukan di situ.

Advertisements

Walaupun berjaya menjaringkan dua gol menentang Laos, Luqman akui masih belum berpuas hati dengan prestasi dirinya dan menegaskan yang beliau mensasarkan untuk membawa pulang pingat emas.

“Saya belum lagi berpuas hati dengan permainan saya dalam aksi lawan Laos dan Thailand (Sabtu lepas). Pasukan bukan mahu menang dengan Laos dan Thailand saja, pasukan hendak menang semua perlawanan dalam Sukan SEA, kita hendak meraih pingat emas,” katanya seperti dipetik Bernama.

Skuad bawah 23 tahun negara kendalian Brad Maloney akan meneruskan usaha mencari peluang untuk memastikan satu tempat ke separuh akhir apabila bertemu Singapura pada Sabtu ini dan mengakhiri perlawanan kumpulan bertemu Kemboja pada 16 Mei.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram