Pemergian Lukaku ke Inter bukan lagi rahsia sebelum ianya diumumkan secara rasmi dan Lukaku menafikan bahawa beliau membocorkan rahsia beliau ingin meninggalkan United.
“Kami (Lukaku dan ejen) tidak bodoh, kami tahu siapa yang menyebarkan berita ini”, jelasnya dalam satu podcast bersama bintang NBA, Josh Hart.
“Terlampau banyak khabar angin, ‘Rom akan ke sana’ ‘mereka tidak mahukan Rom’, dan tiada siapa mahu membantu saya menafikannya”
“Saya menunggu seseorang (Ole) untuk mendiamkan khabar angin ini tetapi ianya tidak berlaku”, jelas Lukaku yang nyata kecewa dengan pihak Manchester United.
Sebelum ini Ole Gunna Solkjaer menafikan pemergian Sanchez dan Pogba akan tetapi mendiamkan diri terhadap habar angin Lukaku.
“Saya ada mengadakan perbincangan dan memberitahu mereka bahawa kita perlu berpisah, jika kamu tidak mahu menjaga saya dengan berita-berita ini. Saya hanya mahu kamu beritahu media bahawa saya akan berjuang untuk kesebelasan utama, tetapi ianya tidak berlaku”
“Jika kamu gembira kamu akan cari jalan untuk gembira, tidak kisahlah sebagai pemain simpanan sekalipun. Tetapi tiada seorang pun yang ingin membantu saya menafikan berita-berita tahi ini. Siapa yang menyebarkannya? Bukan saya dan bukan ejen saya.”
Lukaku meninggalkan United dan beliau telah menjaringkan 42 gol dalam 96 perlawanan. Lukaku kini sah menjadi milik Inter dengan yuran perpindahan £73 juta.