Luqman Hakim Bawa Ibu Bapa Ke Umrah
Hiburan
Luqmansham10
Advertisements

Penyerang muda KV Kortrijk, Luqman Hakim Samsudin menyatakan rasa bersyukur yang tidak terhingga apabila berjaya membawa kedua ibu bapanya menunaikan umrah baru-baru ini.

Bekas penyerang bawah 17 tahun negara ini memuat naik satu hantaran di laman rasmi Twitter beliau yang menunjukkan gambar ibu bapanya sedang menunaikan umrah di Mekah.

Dalan hantaran tersebut, beliau dilihat tidak putus-putus menyatakan kesyukuran berkat usaha dan kerja keras beliau sebagai pemain bola sepak yang berkelana di Eropah membuahkan hasil.

Advertisements

Akhirnya, impian anak kelahiran Kota Bharu ini untuk membawa ibu dan bapanya mengerjakan umrah menjadi kenyataan.

‘Syukur alhamdulillah atas usaha selama ini, Luqman dapat bawa mak dan ayah pergi umrah buat pertama kalinya.’

‘Cita-cita selama ini tercapai.’

Advertisements

Bukan itu sahaja, pemain yang mesra disapa Luqie ini bersyukur dengan segala yang diperolehinya sekarang sambil menegaskan bahawa kebahagiaan kedua orang tuanya menjadi keutamaannya ketika ini.

Beliau juga menanam azam untuk menunaikan umrah bersama ibu bapanya pada masa akan datang.

Luqman juga berharap agar suatu hari nanti beliau pula yang akan direzekikan untuk menjejakkan kaki ke sana.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram