Kemasukan Luqman Hakim Bawa Impak Segera Buat Malaysia
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain pasukan bawah 23 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin jelas menjadi nadi buat barisan serangan negara apabila kemasukkannya membantu jentera serangan Malaysia.

Beliau diletakkan di bangku simpanan pada perlawanan ini untuk memberi ruang kepada rakan sepasukan beraksi.

Walau bagaimanapun, barisan serangan negara kelihatan agak sukar untuk menembusi barisan pertahanan Kemboja yang lebih selesa untuk bermain secara bertahan.

Advertisements

Hal ini telah menyukarkan Malaysia untuk melakukan serangan sungguhpun terdapat banyak peluang yang terhidang menerusi hantaran-hantaran lintang ke dalam kotak penalti.

Brad Maloney membuat keputusan untuk memasukkan penyerang berusia 20 tahun ini bersama-sama Syahir Bashah untuk memburu jaringan penyamaan.

Hal ini berhasil apabila gandingan bersama Hadi Fayyadh berjaya mengkucar-kacirkan barisan pertahanan Kemboja untuk mencipta gol kedua negara.

Advertisements

Luqman yang meluru masuk dengan menyelinap ruang yang dimiliki sebelum menghantar bola tersebut kepada Fayyadh yang sudah bersedia untuk membuat pusingan lalu melepaskan satu rembatan.

Kerja keras beliau untuk terus menekan barisan pertahanan pasukan kendalian Keisuke Honda ini jelas membuatkan Kemboja sukar mendapat rentak dan memulakan serangan.

Penyerang KV Kortrijk ini juga memiliki keberanian untuk melakukan percubaan selain mampu untuk mengatur gerak buat pasukan semenangnya penting untuk mengikat Kemboja.

Advertisements

Hasilnya, Malaysia berjaya mencuri satu mata penting pada perlawanan ini selain pemain yang mesra disap Luqie ini berjaya mencatat satu bantuan gol.

Pasukan negara perlu menanti keputusan yang melibatkan Thailand untuk mengesahkan lawan pada peringkat separuh akhir nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram