Advertising
Luqman Hakim Buka Mulut Mengenai Keputusan Ke Liga Iceland
Dunia
MakanBola
Njardvick FC

Pemain baharu Njardvik FC, Luqman Hakim Shamsudin akhirnya membuka mulut mengenai perpindahannya ke Liga Iceland baru-baru ini.

Beliau yang sudah beberapa musim berkelana di Belgium bersama KV Kortrijk akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan secara pinjaman bersama kelab Iceland ini.

Ad

Katanya, sungguhpun menerima beberapa lagi tawaran, beliau tertarik dengan projek bersama pasukan liga kedua ini disebabkan jurulatih yang bersungguh-sungguh mahukan khidmatnya.

Ad

“Saya ada menerima beberapa tawaran daripada kelab lain tetapi jurulatih kelab (Njardvik) bersungguh mahukan saya, jadi saya memilih untuk ke sini.”

Pemain berusia 22 tahun ini juga berkongsi serba sedikit mengenai gambaran awal tentang falsafah bola sepak yang diterapkan di Iceland.

Ad

“Bola sepak di sini saya lihat lebih mementingkan aspek fizikal.”

Ad

“Jadi saya perlu ambil masa untuk memahami taktikal pasukan dan cuba memberikan yang terbaik dalam latihan kerana sudah tentu saya datang ke sini untuk beraksi,” jelasnya kepada Astro Arena.

Ad

Luqman dijangka masih belum dapat melakukan debut pada 10 Februari ini selepas beberapa urusan yang melibatkan visa belum diselesaikan.