Pertembungan Luqman Hakim dan Dion Cools Bakal Jadi Kenyataan?
Dunia
MakanBola
Luqmansham_10 Djcools21
Advertisements

Perlawanan Liga Divisyen 1 Belgium hujung minggu ini bakal dihangatkan lagi dengan pertembungan antara dua pasukan yang diwakili oleh pemain negara iaitu KV Kortrijk dan juga Zulte Waregem.

Hal ini juga bakal membuka ruang buat para peminat tanah air untuk menyaksikan kelibat penyerang muda negara, Luqman Hakim Samsudin untuk turun menentang rakan senegara yang mewakili pasukan lawan iaitu Dion Cools.

Advertisements

Sebelum ini, pemain berusia 20 tahun itu tersenarai untuk berada dalam skuad senior ketika menentang pasukan tercorot liga, Beerschot. Namun begitu, Luqman hanya kekal di bangku simpanan ketika mereka tewas 2-1.

Pemain yang mesra disapa Luqie ini dilihat agak sukar untuk menembusi skuad utama berikutan kehadiran ramai pemain di barisan serangan yang boleh menjadi pilihan jurulatih.

Advertisements

Selain itu, Cools juga yang baru sahaja melengkapkan kepulangan beliau ke Belgium secara pinjaman sudah pun membarisi kesebelasan utama pasukan sejak 5 perlawanan terakhir.

Sungguhpun belum mencapai sebarang kemenangan dalam kesemua perlawanan itu, namun impak segera yang dibawa oleh pertahanan berusia 25 tahun itu jelas kelihatan.

Advertisements

Ketika ini, kedua-dua pasukan sudah pastinya ingin meraih kemenangan dalam perlawanan ke-28 liga ini setelah KV Kortrijk mencatatkan 4 kekalahan dan 1 seri dalam 5 perlawanan terakhir pasukan sementara Zulte Waregem juga hanya memperoleh 3 mata dalam 5 perlawanan terakhir.

Zulte Waregem kini berada pada tangga ke-16 liga dengan pungutan mata sebanyak 26 mata sementara Kv Kortrijk berada pada tangga ke-12 dengan 34 mata.

Advertisements