Larian ‘5 Sentuhan’ Dion Cools Bantu Zulte Waregem Di Belgium
TV
Advertisements

Larian cantik dengan lima sentuhan sebelum membuat hantaran kepada rakan sepasukan menjadi antara gerakan tercantik untuk perlawanan Liga Belgium melibatkan Beerschot bertemu Zulte Waregem.

Dalam perlawanan yang berkesudahan 3-3 ini menyaksikan pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools berjaya memperoleh satu assist untuk jaringan ke-3 Zulte Waregem yang disudahkan Dion De Neve.

Dalam perlawanan ini yang sepatutnya memihak kepada Zulte Waregem berkesudahan dengan keputusan seri selepas pasukan tuan rumah memperoleh 2 jaringan pada separuh masa ke-2 pada minit ke-78 dan masa kecederaan.

Advertisements

Pemain kelahiran Kuching, Sarawak berumur 26 tahun ini kini telah beraksi sebanyak 5 perlawanan dan memperoleh 405 minit permainan bersama kelab barunya ini.

Zulte Waregem akan bertemu musuh utamanya di Belgium, KV Kortrijk pada 20 Februari ini di Stadium Guldensporen, Kortrijk.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram