Luqman Hakim Dapat Pesanan Khas Pacu Ketajaman Serangan Malaysia
Dunia
FAM
Advertisements

Penyerang pasukan Selangor FC, Shahrel Fikri mempamerkan sokongan padu terhadap penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin yang sedang berjuang bersama rakan-rakan di bumi Hanoi, Vietnam.

Penyerang berusia 27 tahun itu mengikuti perkembangan semasa pasukan muda negara yang memulakan saingan dengan langkah kanan baru-baru ini.

Skuad kendalian Brad Maloney mempamerkan semangat juang yang sangat tinggi untuk terus menghukum kealpaan barisan pemain Thailand untuk meraih kemenangan dengan keputusan 2-1.

Advertisements

Oleh yang demikian, bekas penyerang Perak ini menitipkan pesan kepada penyerang KV Kortrijk ini untuk terus bersemangat.

Penyerang berusia 20 tahun itu beraksi dalam kesebelasan utama pasukan terus bekerja keras untuk membantu pasukan memperoleh jaringan dan ternyata membuahkan hasil.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik oleh Luqman mendapat perhatian oleh barisan pemain senior yang tidak putus memberi sokongan.

Advertisements

Shahrel juga sempat meninggalkan pesan selepas berbalas komen bersama Luqman.

‘Saya sokong awak, buat yang terbaik tau.’

Penyerang muda Harimau Malaya ini membalas ucapan tersebut sebagai tanda penghargaan atas sokongan terhadap persembahan beliau.

Advertisements

‘InsyaAllah, Eky pun sama.’

Pasukan Brad Maloney akan bertemu Laos esok dalam usaha untuk terus meraih mata berharga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram