Dunia
Team Malaysia
Advertisements

Penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Samsudin kini menjadi bualan hangat di Eropah semula susulan laporan yang mengatakan bahawa beliau bakal dipancing oleh kelab yang berpangkalan di Eropah, Newcastle United.

Pemain berusia 19 tahun itu sedang menikmati perjalanan karier yang begitu baik setelah berkelana di bumi Belgium bersama KV Kortrijk yang menyaksikan beliau diturunkan beraksi bersama skuad bawah 21 tahun di sana.

Selain itu, Luqman yang pernah disenaraikan oleh Guardian dalam kelompok 60 orang pemain muda terbaik di dunia itu pernah menggegar Eropah susulan persembahan memukaunya ketika beraksi bersama pasukan bawah 16 tahun Malaysia.

Advertisements

Sungguhpun begitu, laporan perpindahan beliau ke kelab Eropah kembali menjadi topik setelah ciapan oleh Juan Bapakaw di laman rasmi Twitternya telah mengesahkan bahawa pemain tersebut dirisik oleh Newcastle United.

Menurut kenyataan tersebut, beliau menyatakan bahawa Luqman bakal menjadi bintang pertama dibeli oleh Newcastle United.

Pasukan yang digelar ‘The Magpies’ itu kembali menjadi perhatian dunia setelah dikhabarkan bahawa saham kelab tersebut telah diambil alih oleh saudagar Arab Saudi, Mohammad bin Salman dengan nilai kekayaan mencecah 320 billion.

Advertisements

Ini juga bakal memperlihatkan kemasukan pemain bintang untuk menguatkan lagi pasukan bagi bersaing dengan pasukan-pasukan gergasi seperti Liverpool, Manchester United dan City, Chelsea dan lain lagi.

Selain itu, laporan ini juga telah disahkan menerusi satu portal di luar negara yang mengkhabarkan bahawa pasukan tersebut dalam usaha untuk membawa bintang muda tanah air itu ke kelab tersebut.

Menurut satu laman Twitter NUFC 360 menjelaskan bahawa pemain muda berbakat Malaysia, Luqman Hakim telah menerima tawaran daripada Newcastle United. Sumber itu dikatakan daripada laporan oleh Arena.

Advertisements
luqman 3 Luqman Hakim Dikaitkan Ke Newcastle United

Sungguhpun begitu, berita mengenai perpindahan ini belum dapat dipastikan memandangkan tiada laporan secara rasmi dikeluarkan oleh kelab tentang perancangan seterusnya memandangkan jendela perpindahan masih lagi tidak dibuka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram