Luqman Hakim Tidak Mahu Pingat Lain, Hanya Mahukan Pingat Emas Buat Malaysia
Dunia
FAM Official
Advertisements

Selepas tersingkir awal di peringkat kumpulan Sukan Sea Manila tiga tahun lalu, penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin akui tidak sanggup kempunan buat kali kedua di temasya sama di Hanoi, Vietnam bermula Sabtu ini.

Luqman melaungkan keyakinan bahawa skuad yang dibawa kali ini mampu melakar kejutan dan beliau memberitahu bahawa sangat mengidamkan pingat emas untuk di bawa pulang ke tanah air selepas kali terakhir memenanginya pada Sukan Sea 2011 di Indonesia.

“Harapan saya untuk pasukan ini sudah tentu nak pingat emas, bukan perak atau gangsa. Sasaran emas sahaja,” katanya.

Advertisements

Tambah pemain KV Kortrijk ini, persefahaman antara para pemain sudah semakin baik selepas melalui dua perlawanan persahbatan menentang Timor Leste dan Filipina.

“Pasukan sudah membuat persiapan terbaik, kita sudah bermain aksi persahabatan dengan Timor Leste dan Filipina. Perlawanan persahabatan ini telah membentuk persefahaman yang baik dalam pasukan,” katanya kepada Arena Metro.

Dalam dua perlawanan persahabatan yang dilalui sebelum ini, skuad negara tewas mengejut 1-2 kepada Timor Leste sebelum berjaya bangkit semula dengan menundukkan Filipina 2-0.

Advertisements

Malaysia melakukan kejutan kali ini apabila menetapkan pendirian tidak memanggil pemain yang melebihi umur 23 tahun walaupun dibenarkan membawa 3 pemain lebih umur sebaliknya kesemua pemain yang dipanggil kali ini merupakan barisan pemain muda.

Untuk Sukan Sea Hanoi, Malaysia telah diletakkan dalam Kumpulan B dan akan membuka tirai kejohanan dengan menentang gergasi Asia Tenggara, Thailand pada Sabtu ini.

Selepas itu, skuad negara akan berdepan Laos dalam perlawanan kedua pada Rabu depan sebelum bertemu Singapura dan Kemboja masing-masing pada 14 dan 16 Mei ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram