Luqman Hakim Kerja Keras Hidupkan Jentera Serangan Malaysia

Luqman Malaysia Luqman Hakim Kerja Keras Hidupkan Jentera Serangan Malaysia
FA Malaysia

Penyerang muda pasukan bawah 23 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin menjadi watak penting ketika pasukan negara mengikat Thailand pada perlawanan pembukaan Sukan SEA malam ini.

Pemain berusia 20 tahun itu diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan nyata memberi impak yang cukup baik apabila larian-larian derasnya sering menyukarkan barisan pertahanan lawan.

Expand player

Malah, kemampuan pemain kelahiran Kelantan ini untuk memulakan serangan dari bawah ternyata memberi kelebihan buat pasukan kendalian Brad Maloney.

Usaha dan kerja keras pemain ini hampir-hampir membuahkan hasil apabila larian beliau untuk menyelinap masuk ke dalam kotak penalti tidak dikesan oleh barisan pertahanan Thailand.

Namun begitu, sepakan beliau tersasar ke atas untuk menembusi gawang yang dikawal rapi oleh penjaga gol berpengalaman, Kawin Thamsatchanan.

Azam dan semangat juangnya terus membara untuk menekan barisan pertahanan Manu Polking yang tertekan dan sering mengeluarkan bola untuk menyelamatkan keadaan.

Gandingan bersama Danial Asri dilihat sangat serasi sehingga berjaya membantu sungguhpun hantaran cantik yang dilakukan oleh kapten, Mukhairi Ajmal disudahkan dengan cukup baik oleh Danial.

Tidak terhenti di situ, hantaran dari bahagian kiri oleh Luqman beberapa kali memerangkap lawan namun gagal disudahkan dengan baik oleh rakan sepasukan.

Sebelum jaringan pertama itu terhasil, penyerang KV Kortrijk itu, beliau sudah pun membentuk gerakan yang cukup baik bersama rakan sepasukan sebelum hantaran lintangnya tidak berjaya disudahkan oleh Danial Asri.

Luqman dikeluarkan pada separuh masa kedua untuk memberi ruang buat Azfar Fikri beraksi dan menjaringkan gol kemenangan buat negara.

Keputusan ini juga meletakkan Malaysia di tangga pertama sekaligus meningkatkan moral pasukan menjelang perlawanan berikutnya.