Luqman Hakim Mahu Meledak Lagi
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Penyerang berbakat negara, Luqman Hakim Shamsuddin melaungkan keazaman untuk terus berusaha meningkatkan prestasi diri dalam usaha menjadi seorang peledak yang berkualiti.

Luqman yang ketika ini sedang menjalani latihan bersama skuad B-23 tahun negara menegaskan beliau akan memperbaiki beberapa kelemahan yang sudah dikenal pasti terutamanya dibahagian penyudah.

“Saya akan cuba memperbaiki dari segi teknikal penyudah yang masih perlu diperkemas lagi kerana saya yakin setiap orang ada kelemahan tersendiri.”

Advertisements

Dalam pada itu, pemain yang mewakili kelab dari Belgium, KV Kortrjik ini mengambil pendekatan positif menerima segala kritikan membina daripada peminat bola sepak tempatan dengan hati yang terbuka. Sebagai seorang penyerang, masih banyak lagi yang perlu beliau pelajari dan perbaiki.

“Masih banyak perlu dipelajari bagi menjadi seorang pemain berkualiti oleh itu, saya terima segala kritikan daripada peminat bola tempatan untuk terus memperbaiki diri,” ujar Luqman kepada Bernama ketika ditemui di Padang Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, di sini hari ini. 

Advertisements

Skuad kendalian Brad Maloney ketika ini sedang menjalani sesi latihan pusat sebagai persediaan menghadapi temasya Piala Asia B-23 di Uzbekistan Jun kelak. Malaysia diundi di dalam Kumpulan C bersama pasukan Korea Selatan, Thailand dan Vietnam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram