Luqman Hakim Makin Maju Tanpa Gangguan Di Eropah
Dunia
IG KV Kortrijk
Advertisements

Pemain muda negara yang berkelana ke Belgium, Luqman Hakim Shamsudin dikatakan sedang menikmati musim yang baik bersama kelabnya, KV Kortrijk walaupun kurang minit permainan bersama pasukan utama.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Pengarah Bukan Eksekutif KV Kortrijk, Amin Fuad di laman twitter beliau. Luqman yang baru berusia 20 tahun dilihat semakin maju di Belgium kerana tidak diganggu oleh sesetengah pihak.

Sebelum ini, nama Luqman disebut-sebut untuk menyarung jersi Harimau Malaya bagi kempen Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang baru melabuhkan tirainya semalam. Namun pihak kelab tidak memberi pelepasan kepada Luqman kerana Luqman sedang berlatih baik bersama rakan-rakan sepasukan yang lain.

Advertisements

Pada ketika itu, kelab hanya memberikan cuti seminggu kepada para pemain termasuk Luqman. Seharusnya kelab perlu memberikan cuti yang lebih kepada para pemain namun prestasi KV Kortrijk yang kurang baik memaksa hanya cuti yang singkat diberikan.

Masa depan bersama KV Kortrijk dijangka akan terjawab minggu hadapan apabila dikhabarkan beliau akan dipinjamkan ke pasukan eropah yang lain. Ini bermakna Luqman tidak akan meneruskan karier di Malaysia sebaliknya kekal bersaing di eropah.

Musim ini, Luqman telah diturunkan dua kali bersama kesebelasan utama KV Kortrijk satu dalam aksi liga dan satu lagi dalam aksi Piala Belgium. Aksi Luqman banyak digunakan untuk skuad Bawah 21 tahun KV Kortrijk di mana beliau menjadi tonggak utama pasukan tersebut.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram