Luqman Hakim Ni Memang Tajam Depan Gol
Dunia
Luqmansham_10
Advertisements

Penyerang pasukan muda negara, Luqman Hakim Shamsudin terus membuktikan kalibernya apabila menjadi watak penting pasukan ketika merakam keputusan seri ke atas Singapura dengan keputusan 2-2.

Pemain KV Kortrijk ini diletakkan sekali lagi dalam kesebelasan utama pasukan nyata memberikan impak yang diharapkan apabila bermula dengan cukup garang.

Gandingan bersama penyerang pasukan Selangor FC, Danial Asri dan juga Syahir Bashah sekali lagi menunjukkan impak positif apabila mengasak kubu pertahanan Singapura seawal minit pertama permainan.

Advertisements

Beliau mempamerkan ketenangan di hadapan gawang apabila tidak mensia-siakan peluang yang dimiliki.

Luqman jelas memanfaatkan peluang terhidang di hadapan gawang gol Singapura apabila merembat masuk bola selepas keadaan kelam-kabut terjadi pada minit ke-4.

Malaysia melakukan satu hantaran cantik dengan serangan balas sungguhpun bola itu dihalang oleh pertahanan Singapura yang cuba menutup ruang, ia jelas gagal menyekat ketenangan Luqman dalam situasi itu untuk menjaringkan gol pertama negara.

Advertisements

Beliau juga kerap menjadi titik permulaan serangan pasukan kendalian Brad Maloney kerana sering turun untuk mencari bola dan mengatur gerak.

Malah, pemain kelahiran Kota Bharu ini juga tidak meninggalkan tugasnya untuk terus membantu barisan pertahanan negara ketika diasak keras oleh Singapura.

Sungguhpun ketinggalan, jaringan Faiz Amier telah memastikan Malaysia berjaya mencuri satu mata untuk kekal dengan rekod tanpa kalah setakat ini.

Advertisements

Persembahan Luqman dan rakan sepasukan wajar mendapat pujian tatkala persediaan singkat masih mampu untuk mempamerkan potensi sebenar mereka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram