Luqman Hakim Perlukan But Khas Di Iceland
Dunia
FC Njardvik
Advertisements

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin mengakui beliau perlu menggunakan but khas yang dipanggil Mix Studs di Iceland.

Keadaan iklim tak menentu yang begitu sejuk dan berais di Iceland memaksa Luqman untuk lebih bijak dalam memilih but yang sesuai untuk digunakan. Ketika ini beliau memilih untuk menggunakan but stud besi (Mix Studs) bagi memudahkan sesi latihan dijalankan.

Dalam satu temu bual Luqman bersama Harian Metro, anak jati kelahiran Kelantan itu menjelaskan cuaca disana tidak menyukarkan beliau untuk menyesuaikan diri kerana sudah terbiasa dengan keadaan di eropah.

Advertisements

“Sekarang di sini (Iceland) masih dalam musim sejuk di mana suhu boleh turun ke negatif dua darjah celsius (-2°) hingga negatif lima darjah celsius (-5°).”

“Tapi saya tak ada masalah dengan cuaca sebab bagi saya, cuaca kat sini tak banyak beza dengan KVK di Belgium. Cuma kat sini banyak salji dan kurang cahaya matahari, tapi kat Belgium cahaya matahari cerah,” ujar Luqman.

Advertisements

“Kat sini kasut bola pun kena pakai yang Mix Studs yang ada besi. Macam sekarang masih musim sejuk, jadi latihan di atas padang tiruan dan kena pakai kasut jenis studs besi.”

Beliau dalam pada itu menzahirkan keterujaan dan menyatakan rasa tidak sabar untuk meraih penampilan pertama bersama pasukan. Pemain berusia 20 tahun itu secara sah telah dipinjamkan ke kelab UMF Njardvik selama semusim dari KV Kortrijk untuk mendapatkan minit permainan dengan lebih banyak.

Advertisements

“Liga akan mula masa musim panas dalam bulan Mei nanti. Masa itu mungkin akan guna but yang biasa sebab akan main atas rumput biasa sebab salji dah kurang,” kata Luqman Hakim.

Di Malaysia ketika ini ada beberapa pemain bola sepak turut mengenakan penggunaan but Mix Studs. Berdasarkan tinjauan MakanBola di beberapa platform media sosial, pertahanan JDT Aidil Zafuan dan pemain kebangsaan, Fazly Mazlan memilih untuk menggunakan Mix Studs berjenama Mizuno.

Advertisements

Ini secara tak langsung membuktikan kelebihan tersendiri Mix Studs ini yang sesuai digunakan dalam pelbagai jenis permukaan padang terutamanya Soft Ground.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram