Rasmi: Luqman Hakim Diumumkan Pemain Baru Kelab Iceland, Njardvik
Dunia
NjarðvíkFC
Advertisements

Pemain muda negara yang berkelana di eropah, Luqman Hakim Shamsudin disahkan bakal berkelana ke negara Iceland bagi menyertai pasukan Njardvik yang beraksi dalam kasta kedua dalam hirarki Liga Bolasepak Iceland.

Luqman yang bakal menginjak ke usia 21 tahun pada Mac nanti difahamkan telah bersetuju untuk ke Njardvik bagi proses pinjaman dari KV Kortrijk untuk tempoh selama satu musim.

Perkara tersebut telah disahkan oleh pihak pengurusan kelab Njardvik yang berkongsi video ketibaan Luqman ke negara yang mempunyai suhu sangat sejuk itu.

Advertisements

Selain itu Pengarah Bukan Eksekutif KV Kortrijk (KVK), Amin Fuad juga menghebahkan perpindahan Luqman di laman twitter beliau. Dalam masa yang sama Amin memohon maaf kerana lambat membuat pengumuman.

“Alhamdulillah semua teka teki telah terjawab, Luqman Hakim akan dipinjamkan kepada kelab Iceland untuk tempoh semusim. Maaf lambat umum sebab banyak dokumentasi dan halangan perlu diselesaikan. Semoga Luqman akan terus berjaya di sana!,” ucap Amin di laman twitter beliau.

Untuk rekod, Luqman Hakim telah tiba di KV Kortrijk pada tahun 2020 dan berjaya merekodkan tiga penampilan bersama skuad utama KV Kortrijk. Khidmat Luqman banyak digunakan untuk perlawanan yang melibatkan skuad Bawah 21 tahun KV Kortrijk.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram