Luqman Hakim: Saya Nak Score
Dunia
Advertisements

Pemain KV Kortrjik, Luqman Hakim Shamsuddin optimis untuk menampilkan aksi terpuji dalam pentas Sukan SEA Hanoi edisi kali ini.

Pemain yang berusia 20 tahun itu kembali bersama skuad B23 tahun kebangsaan setelah mendapat panggilan daripada ketua jurulatih, Brad Maloney untuk perkuat pasukan.

Ketika ditanya oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, Luqman menjelaskan bahawa peluang kali ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk membantu pasukan melakar kemenangan. Beliau turut yakin beliau akan mencatat nama sebagai penjaring. 

Advertisements

“Satu je saya nak score, saya nak buat yang terbaik dan beri kemenangan buat pasukan.”

Luqman Hakim juga mahu rakan sepasukannya turut sama berganding bahu, memberikan yang terbaik buat negara. Jelasnya lagi beliau juga mahu berikan segalanya dan berkorban demi keluarga tercinta.

“InsyaAllah beri hadiah untuk Malaysia dan paling penting buat keluarga saya, buat pasukan.”

Advertisements

Pasukan kebangsaan telah berlepas ke Vietnam pada pagi tadi bagi menghadapi temasya Sukan SEA 2021. Malaysia bakal berdepan Thailand pada aksi pertama kumpulan B pada 7 Mei.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram