fbpx

Luqman Hakim: Saya Nak Tolong Keluarga Saya Dulu, Kejayaan Akan Menyusul Kemudian

Photo: KV Kortrijk

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Dalam satu temuramah bersama wartawan Syakirah Zulkifly di Nadi Arena, Luqman Hakim kelihatan gembira di KV Kortrijk walaupun jarang diturunkan.

Menurut Luqman, suasana latihan di KV Kortrijk sangat ‘enjoy’ dan beliau memberikan fokus lebih 100% setiap kali sesi latihan.

“Saya rasa sangat gembira di sini, sesi latihan sangat ‘enjoy’.”

“Peluang bermain (dalam perlawanan liga) itu saya akan berusaha lebih 100% dalam sesi latihan. Kalau pengsan pun pengsanlah.”

“Kejayaan itu akan datang jika kita berusaha.”

“Saya nak tolong keluarga saya dulu dan kejayaan akan menyusul kemudian, insyaAllah.”

“Kalau kita dapat tolong keluarga kita, kejayaan tu insyaAllah akan datang dan saya juga nak rakyat Malaysia gembira.”

Selain itu Luqman turut menyatakan kekuatan dirinya berkait rapat dengan sokongan kuat yang diberikan keluarganya dan menyatakan Hadi Fayadh sebagai contoh yang baik berkaitan kecekalan hidup merantau.

Pasukan bawah 23 tahun negara bakal memulakan kempen kelayakan Piala Asia berdepan Laos pada 27 Oktober ini.

© MakanBola Media – All Rights Reserved