Luqman Hakim: Saya Pantang Dicabar
Dunia
TEAM MALAYSIA
Advertisements

Penyerang skuad kebangsaan, Luqman Hakim Shamsuddin membuktikan beliau tidak hanya bercakap kosong sebaliknya berjaya mencatat nama sebagai penjaring dalam temasya Sukan SEA Honoi.

Pemain yang berusia 20 tahun itu mengakui bahawa beliau ada menerima satu cabaran daripada salah seorang pegawai media FAM untuk menjaringkan gol, jadi beliau menyahut cabaran tersebut.

Ketika Luqman ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Luqman menyatakan bahawa beliau sememangnya mempunyai keinginan yang tinggi untuk meledak.

Advertisements

“Gol ini amat istimewa untuk pasukan terutamanya keluarga saya.”

“Saya amat bersyukur dan berbangga dengan keputusan ini.”

Penyerang kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini mengakui jaringan ketika menentang Laos ini menjadi antara yang paling bermakna disebabkan beliau sudah lama tidak meledak buat negara.

Advertisements

Hal ini sudah pasti dapat meingkatkan moral dan juga keyakinannya untuk terus membantu skuad kendalian Brad Maloney untuk mengekalkan momentum terbaik ini.

Sambil itu, Luqman turut mengakui bahawa beliau menerima ‘cabaran’ daripada rakan-rakan terdekat untuk membuktikan ketajaman beliau di hadapan gawang.

Walau bagaimanapun, beliau mengambilnya sebagai satu perkara yang positif dan terus bekerja keras setiap kali diberi peluang untuk beraksi.

Advertisements

“Ya benar saya dicabar namun saya terus bekerja keras.”

“Saya pantang dicabar,’ kata Luqman dalam temubual tersebut.”

Penyerang yang berkelana di Belgium bersama KV Kortrijk ini mendapat kepercayaan penuh apabila membarisi kesebelasan utama pasukan dalam dua perlawanan awal selain membentuk gandingan mantap bersama Danial Asri dan juga Syahir Bashah.

Advertisements

Beliau dijangka terus membarisi kesebelasan utama pasukan ketika Malaysia dijadualkan menentang Singapura pada perlawanan seterusnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram