Luqman Hakim Tersenarai Dalam Perlawanan KV Kortrijk Bertemu Beerschot

Luqman Hakim 4 Luqman Hakim Tersenarai Dalam Perlawanan KV Kortrijk Bertemu Beerschot
Luqmansham_10
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Samsudin mendapat kepercayaan jurulatih pasukan apabila terpilih untuk berada dalam senarai pemain yang dibawa menentang Berrschot.

Pemain muda berusia 20 tahun itu dilihat berada dalam senarai nama yang dikeluarkan oleh laman rasmi pasukan untuk bertemu dengan pasukan di tangga terakhir Liga Belgium itu.

Jurulatih KV Kortrijk, Karim Belhocine memberi kepercayaan kepada Luqman untuk mengisi slot sungguhpun terpaksa berhadapan dengan 7 pemain lain bagi mengetuai jentera serangan pasukan.

Ini juga bakal memberikan persaingan yang sengit kepada penyerang bawah 23 tahun negara ini untuk terus berusaha bagi menambat hati Belhocine agar menurunkannya sama ada sebagai pemain utama mahupun sebagai pemain gantian.

Sebelum ini, beliau juga telah pun tersenarai dalam skuad senior ketika bertemu dengan RWD Molenbeek dalam satu perlawanan persahabatan setelah pulih daripada kecederaan.

Perlawanan ke-27 ini sudah pastinya penting buat KV Kortrijk dalam usaha untuk memperbaiki kedudukan pasukan yang kini berada di tangga ke-11 dalam liga.