Maaf, Perak FC Milik XOX, Syarikat ‘Public Listed’
Dunia
Advertisements

Kemelut pemilik baru kelab bola sepak Perak akhirnya berakhir setelah syarikat telekomunikasi tempatan, XOX Berhad disahkan sebagai pemilik baru Perak.

Walaupun perkara ini belum diumumkan secara rasmi namun ianya telah disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IMC, Muhammad Yunus Zakariah seperti yang ditularkan HarimauMalaya.

Sebelum ini kemelut penjualan Perak FC tertangguh selepas syarikat berkaitan lembu, JR Resources gagal menampilkan bukti kewangan kepada MFL dan IMC untuk pengambil alihan kelab sehinggakan pihak IMC terpaksa memohon talian hayat kepada MFL untuk menyelesaikan proses penyerahan kepada pemilik baru.

Advertisements

Selain pengambil alihan Perak dari syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia, XOX Berhad, syarikat berkenaan juga difahamkan menyampaikan duit raya kepada semua pemain sebanyak RM100,000 sebagai tonik tambahan menjelang Aifil Fitri ini.

XOX Berhad merupakan syarikat telekomunikasi yang disenaraikan di Bursa Saham Malaysia dan memiliki sumber kewangan yang kukuh untuk meneruskan legasi skuad Perak yang kini sedang cuba untuk bangkit selepas turun ‘pangkat’ musim lepas.

XOX Berhad dijangka tidak mengalami sebarang masalah untuk menyelesaikan masalah gaji tertunggak skuad Perak dan dijangka permasalahan undang-undang dan bayaran gaji tertunggak akan diselesaikan dalam masa terdekat selepas Aidil Fitri.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram