Madame Pang Cadangkan Indonesia & Thailand Jadi Tuan Rumah Piala Dunia
Dunia
IG Panglamsam
Advertisements

Pengerusi kelab Port FC, Nualphan Lamsam atau lebih dikenali sebagai Madame Pang bercita-cita untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia bersama Indonesia.

Beliau yang memiliki pengalaman yang cukup luas dalam pengurusan bola sepak di Thailand itu berkata, impian besar itu diharap mampu direalisasikan kerana terinspirasi daripada edisi Piala Dunia sebelum ini.

Madame Pang juga menaruh harapan yang cukup tinggi untuk melihat dua negara ini bergabung untuk menjadi tuan rumah bersama suatu hari nanti.

Advertisements

“Ayuh Indonesia, kamu memiliki 200 Juta populasi dan Thailand sebanyak hampir 70 Juta.”

“Kedua negara ini memiliki keghairahan penyokong bola sepak yang luar biasa dan kita adalah jiran tetangga,” jelasnya.

Sungguhpun beliau menyedari bahawa mereka adalah seteru utama dalam bola sepak, usaha ini untuk melihat pasukan dari Asia Tenggara layak ke pentas berprestij tersebut.

Advertisements

Madame Pang juga mahu melihat taraf bola sepak lelaki di Thailand meningkat setaraf dengan perkembangan bola sepak wanita yang telah mara ke pentas Piala Dunia sebanyak dua kali.

Thailand berpeluang cerah untuk mara mengekalkan kejuaraan Piala AFF apabila mara ke pentas akhir sekali lagi berdepan Vietnam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram