Madame Pang Sedia Tunaikan Permintaan Chanatip Songkrasin
Asia Tenggara
AFF
Advertisements

Pemilik kelab Port FC, Madame Pang sedang memujuk pemain bintang Thailand, Chanatip Songkrasin untuk pulang beraksi di negara kelahirannya.

Pemain berusia 29 tahun itu kini beraksi buat pasukan di Liga 1 Jepun, Kawasaki Frontale sejak musim lalu mula kehilangan tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Sungguhpun kerap kali menjadi sandaran untuk mengemudi jentera tengah pasukan musim lalu, beliau bergelut untuk memperoleh minit permainan musim ini.

Advertisements

Karier beliau mahu ‘diselamatkan’ oleh Madame Pang yang bercita-cita untuk membawa beliau beraksi di Port FC bagi musim hadapan.

Bekas bintang Muathong United itu hanya beraksi sebanyak dua kali sahaja musim ini dan situasi ini memungkinkan beliau untuk kembali beraksi di Thailand.

Menurut Madame Pang, Chanatip juga tidak menolak kemungkinan bahawa beliau terbuka untuk kembali mewarnai kancah bola sepak Thailand.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram