Maghribi Bakal Didenda Kerana Kibar Bendera Palestin?
Dunia
Twitter: _Amroali
Advertisements

Pasukan dari benua Afrika, Maghribi mencipta sejarah negaranya apabila berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir selepas menewaskan gergasi Eropah, Sepanyol menerusi sepakan penalti. 

Susulan dengan kemenangan itu, barisan pemain Maghribi dilihat mengibarkan bendera Palestin selepas tamat perlawanan sebagai solidariti terhadap negara tersebut. 

Adakah pasukan Morroco bakal didenda oleh FIFA? 

Advertisements

Merujuk kepada peraturan FIFA, adalah salah jika memaparkan sepanduk, bendera dan risalah yang boleh dianggap sebagai “sifat politik, menyinggung perasaan atau “diskriminasi”.

Kejadian seperti ini pernah terjadi dan badan induk bola sepak dunia (FIFA) telah mengeluarkan denda kerana mempamerkan bendera Palestin di dalam stadium.

Ini bukanlah kali pertama barisan pemain Maghribi mengibarkan bendera Palestin, sejak peringkat kumpulan bendera telahpun dikibarkan.

Advertisements

Namun, tiada sebarang tindakan yang dikenakan kepada mereka ketika itu. 

Difahamkan, tuan rumah Piala Dunia, Qatar tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Israel dan mereka kekal sebagai penyokong perjuangan Palestin selama beberapa dekad untuk menjadi sebuah negara.

Setakat ini, tiada pengumuman rasmi atau apa-apa hukuman yang dikenakan kepada pasukan Maghribi berkenaan situasi ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram