Maghribi Tawarkan 30 Penerbangan Istimewa Serendah RM2000 Ke Qatar
Dunia
RAM
Advertisements

Syarikat penerbangan Maghribi, Royal Air Maroc telah menawarkan penerbangan serendah RM2000 untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir melibatkan pasukan mereka menentang Perancis.

Hal ini telah pun diumumkan oleh pihak Maghribi apabila penerbangan dari Casablanca ke Doha, Qatar itu dijadualkan kepada para penonton khususnya bagi melihat pertembungan epik tersebut.

Inisiatif ini dijangka bakal memberikan tonik tambahan kepada anak buah Walid Regagui untuk memusnahkan harapan juara bertahan dunia, Les Blues.

Advertisements

Maghribi kini mencipta sejarah apabila menjadi satu-satunya negara Afrika yang berjaya melangkah ke pentas separuh akhir Piala Dunia sejak ia diperkenalkan.

Malah, mereka juga telah pun menawarkan harga tiket serendah RM 2000 yang bersamaan dengan 5000 Maghribi Dirham bagi tambang pergi balik.

Syarikat penerbangan itu berkata: “Untuk membolehkan ramai warga Maghribi yang ingin menyokong pasukan kebangsaan & merasai pengalaman separuh akhir di Qatar , Royal Air Maroc sedia menjadi penghubung udara antara Casablanca dan Doha.”

Advertisements

Pasukan yang terkenal dengan jolokan Singa Atlas ini masih mengekalkan rekod tanpa kalah di pentas berprestij ini dengan harapan dapat meneruskan rentak ini awal pagi esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram