Magis Lampard Berterusan, Everton Bantai Leeds
EPL
Getty Images
Advertisements

Deretan kekalahan Everton sebelum ini di Liga Perdana Inggeris berakhir selepas Everton berjaya memperoleh kemenangan dengan jaringan besar ke atas Leeds United di Goodison Park.

Jaringan Seamus Coleman dan Michael Kean pada separuh masa pertama sudah cukup memastikan skuad Frank Lampard mencatat 3 mata penuh sebelum Anthony Gordon menambah derita Leeds United pada minit ke-78 separuh masa ke-2.

Kemenangan ini merupakan kemenangan pertama Everton di Liga Perdana Inggeris dibawah pengurusan Frank Lampard yang sebelum ini berjaya membantu Everton menewaskan Brendford di Piala FA dan tewas satu kali kepada Newcastle 4 hari lalu

Advertisements

Sementara itu Frank Lampard turut berpuas hati dengan aksi pemain terbarunya yang dibawa dari Old Trafford, Donny van de Beek.

“Dia (Donny) nampak berkeyakinan tinggi dengan bola dan itulah sebab saya membawanya ke sini (Everton)

Everton bakal berhadapan tugas sukar selepas ini dalam perlawanan Liga Perdana seterusnya menentang Southampton di St. Mary’s, Southampton.

Advertisements

Foto Getty Images

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram