Debut Luar Biasa Frank Lampard Bersama Everton Sebagai Pengurus
Dunia
SkySports
Advertisements

Pengurus baru Everton, Frank Lampard meraikan debut bergayanya sebagai pengurus di Everton dengan kemenangan bergaya menewaskan Brentford 4-1 di Goodison Park.

Kemenangan besar di pusingan ke-4 Piala FA menjadi detik manis dan permulaan baik buat bekas pengurus Chelsea ini menerusi jaringan Yerry Mina, Richarlison, Mason Holgate dan Andros Townsend.

Everton sebelum ini bergelut dengan prestasi buruk di bawah kendalian Rafael Benitez yang dipecat pada 18 Januari lalu selepas 6 bulan diberikan peranan sebagai pengurus dan kini berada dikedudukan ke-16 Liga Perdana Inggeris dengan hanya 5 kemenangan selepas 20 perlawanan.

Advertisements

Kemasukan Frank Lampard ke Everton dilihat sebagai tindakan bijak pantas oleh pengurusan Everton yang kini memfokuskan untuk kekal bersaing di Liga Perdana Inggeris.

Frank Lampard sebelum ini berjaya mengembalikan kegemilangan Chelsea pada tahun pertamanya di Stamford Bridge namun beliau akhirnya dilepaskan selepas beberapa pembelian pemain barunya gagal memberikan impak kepada pasukan.

Semasa sesi sidang media selepas perlawanan tamat beliau turut memaklumkan semangat besarnya untuk menjadi pengurus terbaik di Everton.

Advertisements

Foto SkySports

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram