Maguire Berkahwin Secara Sederhana

Maguire Kahwin Maguire Berkahwin Secara Sederhana
Covertry Telegraph

Bintang bola sepak England, Harry Maguire pada semalam telah melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis sederhana.

Pertahanan Manchester United itu mengahwini isterinya, Fern Hawkins di ibu pejabat pendaftaran secara tertutup tanpa menjemput mana-mana pihak media.  

Expand player

Menurut satu kenyataan daripada akhbar UK, The Mirror, kapten Manchester United itu meninggalkan latihan di tempat latihan kelab pada tengah hari. Usai latihan, beliau terus ke pejabat pendaftaran, di mana tunang Fern Hawkins sedang menunggunya disana. Difahamkan, hanya tetamu-tetamu terdekat yang hadiri majlis tersebut dan kad jemputan diberikan pada awal pagi semalam.

Maguire dan Fern telah bertemu sejak remaja kira-kira lebih 10 tahun lalu. Mereka rahsiakan perhubungan  daripada semua kecuali keluarga dan rakan terdekat mereka. Maguire bakal melafazkan ikrar perkahwinan sekali lagi di Perancis pada musim panas kelak.